Thursday 3 November 2011

Hidup ini perlukan pengorbanan..

Hidup ini perlukan pengorbanan..
Kadang-kadang kita perlukan korbankan kebahagiaan kita demi kebahagiaan orang lain..
Apa-apa pun itulah yang terbaik…

Dan tiba-tiba teringat dekat Akif Zamani yang dalam Kau Sayangku oleh Bikash Nur Idris…

“Selamat tinggal Arisa Nurailiz.Walau dimana pun awak..Saya hanya mahukan kebahagiaan awak..Kiranya  awak bahagia tanpa saya,saya akan pergi jauh.Cuma…maafkan saya kerana saya pergi bersama cinta dan harapan di hati.Kerana…hanya awak di hati,sayang..Hanya awak…..”

Sedih tak??Sedih kan..???

“Saya perlu pergi,dah tak sanggup terus dilukai.Melihat kemesraan awak dengan Eddy pun saya dah sakit sangat.Bagaimana jika hati awak akhirnya menjadi milik lelaki lain?Saya tak tahu apa perasaan saya ketika itu,dan saya tak mahu tahu.Kerana itu,biarlah saya berlalu dari hidup awak.Maafkan saya,sayang.Bukan saya tak cinta…ia masih dalam,masih membara.Bukan saya tak kasih…ia masih tegar,masih utuh.Bukan saya tak sayang…ia masih dalam hati saya,dalam perasaan saya.”

***
“Tapi Arisa,saya lebih awak tidak kembali..sebab kembalinya awak memberitahu saya,saya sudah kehilangan awak buat selama-lamanya.Saya sudah tiada dalam memori awak.”

Begitulah Akif yang sanggup berkorban demi kebahagiaan Arisa…

Dan saya terfikir mampukah saya lakukan pengorbanan seperti Akif suatu hari nanti…..

“Kiranya  awak bahagia tanpa saya,saya akan pergi jauh.Cuma…maafkan saya kerana saya pergi bersama cinta dan harapan di hati.”

Dan jawapannya saya tak pasti dan tak tahu……… J

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>Tentangku...

bumi Tuhan
Hanyalah manusia biasa yang tak pandai berbicara..Yang tak pandai menyampaikan kata..Menulis bukan untuk suka-suka.Menulis kerana cita...Menulis kerana ada sesuatu untuk dibicara..Menulis untuk melafazkan kata... Moga-moga sentiasa kuat hadapi segala rintangan.....