Wednesday 9 November 2011

Cuti dah nak habis....

“Aku menundukkan pandanganku,aku memelihara lidahku,aku menjaga makananku,aku memelihara kemaluanku,aku bercakap hanya yang benar belaka,aku memenuhi janjiku,aku memuliakan tetamuku,aku mengambil berat tentang jiranku,aku meninggalkan perkara-perkara yang tidak ada kena mengena dan tidak penting bagiku.”
Kata-kata Luqman Al-Hakim

Sedar tak sedar,cuti kita dah nak habis.Sayang pula rasa nak tinggal.
Sepanjang percutian ini,mungkin ada antara kita yang keluar dan mungkin ada yang hanya duduk rumah sahaja…..

Dan mungkin ada antara kita yang pandangan matanya tak terjaga,lidahnya tak terkawal,pergaulannya tak terbatas,makanannya terlebih sukatan,hatinya terlalai dan mungkin imannya turun tak naik-naik.…

Oh ya,apa khabar hati dan iman kita..??? Masih dalam keadaan baik atau sebaliknya??? Harap-harap masih dalam keadaan baik…

Memang sunnatullah yang iman kita akan naik dan akan turun.

Mungkin ada antara kita yang kadang-kadang dia rasa dia  macam ustaz/ustazah dan kadang-kadang dia rasa  macam orang zaman jahiliah…

Oleh itu, sementara cuti yang masih berbaki ni,marilah kita semua upgradekan kembali iman kita.. Moga hari ini dan hari esok lebih baik dari hari semalam.Sama-sama kita perbaharui niat dan plan apa yang kita nak buat hari ini.Jom kita check balik,cukup kah amalan kita selama ini dan grablah peluang yang ada ini untuk perbaiki hati dan iman kita..

Ingat lima perkara sebelum lima perkara…
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

Dan mungkin kita akan sibuk bila dah masuk sem barukan.So,hargailah masa yang ada ini sebaik-baiknya…

Dan marilah kita bimbing membimbing antara satu sama lain..
~Salam ukhuwah..
~Fighting…


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>Tentangku...

bumi Tuhan
Hanyalah manusia biasa yang tak pandai berbicara..Yang tak pandai menyampaikan kata..Menulis bukan untuk suka-suka.Menulis kerana cita...Menulis kerana ada sesuatu untuk dibicara..Menulis untuk melafazkan kata... Moga-moga sentiasa kuat hadapi segala rintangan.....