Wednesday 23 November 2011

Camne nak jadi baik..? Nak masuk syurga…?

Seperti yang pernah diberitahu,saya pernah tanya kat someone soalan nie…

Camne nk jd baik???
Nak masuk syurga???


Dan ini sedikit sebanyak jawapan dia…..

“Camne nak jadi baik?
Formulanya mudah, buat apa yang Allah suruh, tinggalkan apa yang Allah larang. atau kata mudahnya, itulah taqwa menurut umar alkhattab kalau tak silap.

Cuba berdakwah pada orang di sekeliling kita, sebab bila kita menyampaikan sesuatu pada seseorang, kita akan lebih ingat benda yang kita sampaikan tu, dan cuba untuk amalkan, insyaAllah.

Kalau nak masuk syurga tu…
Boleh check surah al-'asr.
Dan mengikut  ceramah on9 dr. zakir naik,
ada 4 kriteria untuk kita masuk jannah Allah yang indah itu ….

1. Have faith (ada iman dalam diri)
2. Done righteous deed (buat amal soleh,)
3. Exalted people to the truth (meanss, do da'wah and islah to other people, yang ni memang kita kena dan wajib buat, kita mulakan dengan slow & istiqamah. Paling mudah sampaikan da'wah yang kita mampu adalah dengan menunjukkan qudwah hasanah pada orang ramai)
4. Exalted people to patience
kita muhasabah diri kita balik, adakah kita dah penuhi kriteria-kriteria tu?

Itulah antaranya yang paling simple
Tepuk dahi, tanya iman….”

Tak susah pun nak jadi baik kan.…Tapi…...

Susahnya...Biler ianya dah jadi part of my life.....
Saya nak mengutuk orang pass r..Tapi nak nasihat orang saya fail...Apatah lagi jadi qudwah hasanah…
Plus,saya nie flexible cam getah... Kalau awak tarik saya ke kanan,saya ke kanan..Tapi kalau orang lain tarik saya ke kiri,saya ke kiri..huhuhu


“Setiap manusia punyai kelemahan dan kelebihan dia yang tersendiri kan?

Jadi, kita cuba untuk atasi dan betulkan kelemahan kita tu slowly.
Kita kena ada pendirian yang tetap.
Kalau kita nak itu, kita mesti minta pada Allah. Boleh je doa dalam bahasa melayu…..
"Ya Allah, tetapkanlah pendirianku dan jadikanlah aku dalam kalangan orang yang sabar dalam menempuhi cabaran ini."

Kiranya, kalau kita nak jadi orang yang baik, kita kena duduk dan berada dalam biah(environment) yang baik dan soleh.
Macam rasulullah sallahu 'alaihi wasallam pernah sabda, yang mana kalau kita kawan dengan orang yg buat minyak wangi, kita akan jadi wangi, kalau kita kawan dengan orang yang buat besi, kita akan berbau sepertinya. Kalau tersilap pasal hadith ni, tolong betulkan ya…

Dan yang paling penting, memang kena ada pendirian tetap . As a muslim, kita memang kena ada sifat itu supaya kita tidak mudah ditarik oleh cabang-cabang jahiliyah dan musuh-musuh di luar sana.
Dalam da'wah juga, itu penting sebenarnya….”

Yup….Itulah jawapan dia…. Sungguh cantek…..
Terima kasih untuk someone tu untuk jawapan yang sangat menarik… Moga-moga kita dan saya dapat buat yang terbaik….

Pesan someone tu…Juga pesan saya….
Put Allah in our heart always eh.
Zikrullah selalu.

~Fighting~

p/s :Ini sekadar perkongsian untuk semua…Juga peringatan untuk diri ini yang mudah terlupa….Moga-moga diberi kekuatan….

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>Tentangku...

bumi Tuhan
Hanyalah manusia biasa yang tak pandai berbicara..Yang tak pandai menyampaikan kata..Menulis bukan untuk suka-suka.Menulis kerana cita...Menulis kerana ada sesuatu untuk dibicara..Menulis untuk melafazkan kata... Moga-moga sentiasa kuat hadapi segala rintangan.....