Tuesday 15 November 2011

Selamat Panjang Umur

Minggu nie tiba-tiba terbuka hati nak baca solusi..Mungkin dah lama tinggal solusi..Tu yang jadi rindu menggamit lagi…Tapi semua tu tak penting…Apa yang penting isu yang dibaca kali nie..Nie isu lama..Isu 24 yang bertajuk Panjangkan usiaku…


Ustaz Pahrol Mohamad Juoi ada cakap….

Semakin meningkat usia kita,semakin kita dekat dengan tarikh kematian kita.. Semakin pendek umur kita…Bukan semakin panjang umur kita…

Namun,mati bukanlah satu pengakhiran tetapi satu permulaan kepada hidup yang tak mati-mati..Hidup di dunia adalah persediaan untuk akhirat nanti…

Oleh itu,panjang atau pendek umurnya bukanlah pada kuantiti tapi pada kualiti.. Juga bukan pada ukuran yang zahir tetapi pada nilai maknawi..

Kaedah untuk memanjangkan umur adalah dengan memanjangkan amal, ilmu, dan jasa.Sedekah contohnya.Pahalanya berterusan…Menyambungkan silaturrahim juga boleh panjangkan umur…

Mati syahid juga salah satu petua untuk panjang umur..
Mereka yang mencintai mati,panjang umur (dalam kebaikan dan pahala yang berterusan)…Manakala mereka yang cintakan hidupnya,pendek pula umurnya(dalam kebaikan dan pahala yang berterusan)….

Dan tiba-tiba terlintas…
”Aku bukanlah orang yang cintakan mati,tapi takutkan mati…”
Takut kalau-kalau bangun pagi tu terus tak sedarkan diri..Takut tak dapat celikkan mata lagi.
Kenapa takut??? Kerana merasakan yang bekalan masih belum cukup untuk hidup diakhirat..Bekalan yang dikutip hanya sedikit kalau nak dibandingkan dengan orang lain..Huhuhu…

Dan terkesan dengan ayat ustaz Pahrol Mohamad Juoi,hati nekad bertanya kepada someone….
“Camne nak jadi baik…..”
“Camne nak masuk syurga….”

Soalan yang luar alam mungkin…Tapi itulah hakikatnya….
Nie dah jauh melalut nie…Jauh dari topik asal..Topik asal yang nak ucapkan

SELAMAT HARI LAHIR

Untuk sahabatku, Sakinah Azhari….

Semoga dikurniakan
umur yang bermanafaat,
rezeki yang halal,
ilmu yang berguna,
jodoh yang membahagiakan
dan hidup yang dirahmati
di dunia dan akhirat.....

Juga SELAMAT PANJANG UMUR…

That means selamat menambah ilmu, selamat menambah amal, selamat mengeratkan silaturrahim, selamat menambahkan sedekah, dan selamat menambahkan rasa takut kepada Allah…. J


~Fighting J



p/s : Nak tau tak apa jawapan someone tu..?Insha ALLAH….Akan dibagitau…




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>Tentangku...

bumi Tuhan
Hanyalah manusia biasa yang tak pandai berbicara..Yang tak pandai menyampaikan kata..Menulis bukan untuk suka-suka.Menulis kerana cita...Menulis kerana ada sesuatu untuk dibicara..Menulis untuk melafazkan kata... Moga-moga sentiasa kuat hadapi segala rintangan.....