Friday 11 November 2011

My diary : Novelholic,sebuah pertemuan…

 10 November 2011

Hari nie 5.30 pagi dah bangun. Semangat nak pergi jumpa kawan-kawan dan picnic punya pasal…. Kalau ikutkan badan yang sakit kerana tercium lantai kelmarin,memang time tu still tidur la lagi.. Nie novelholic punyer pasal…..

Semalam janji pukul 8.30… Tapi kalau dah melayu tu,melayu la juga.. Janji melayu la jawabnya…Dalam pukul 9.00 baru la semua ada kat tempat berkumpul,rumah Qilah….Terima kasih untuk Qilah yang bagi tumpang duduk bagi orang yang datang terlebih  awal dan balik terlebih lambat nie….

Dalam pukul 9.15…PBB,here we come… PBB stands for Pantai Batu Buruk….
Kalau sebelum nie kami picnic kat belakang blok form 2 jer..Kali nie kami  picnic kat PBB..Kalau dulu kami pakai uniform sekolah,kali nie kami paka baju biasa..Siap pakai shawl lagi kan..Hehe…Kalau dulu kami jalan kaki jer pergi port tu,kali nie kami naik kereta..Ya,kali nie ada 3 buah kereta… Rombongan cik kiah la…. Terima kasih la untuk para driver.Bie,Kinah dan Hani…

“Kalau nak tunggu aku bawa kereta lambat lagi la kan…??? Hehehe”



Kira-kira pukul 9.25,dah dapat tengok laut…Masa tu,mata seakan terpukau..Terpaku… Seakan-akan jatuh cinta untuk kali kedua.
Kenapa kali kedua bukan pertama???Kerana tak semestinya jatuh cinta kali pertama tu indah… Dan tak semestinya jatuh cinta kali kedua tu tak indah…..

Persahabatan adalah janji yang dilafazkan didalam hati.Tak bersuara. Tak tertulis.Tak terputus walaupun berjauhan dan tak berubah walaupun masa berlalu…

Yup…Mereka tak pernah berubah….Gelak tawa diorang.Senda gurau diorang…
Tak syok kalau jumpa geng-geng nie kalau takde senda gurau..Takde usik mengusik….Dan mungkin something happen kalau takde semua tu…Kat PBB,kami bebas bergembira kerana kat situ hanya ada kami.
Meriahnya hanya kami aje yang tahu… Gembiranya hanya kami aje yang rasa…

Tapi ada orang kata yang syerah dah berubah sekarang ea...Dan saya balas…..
“Berubah untuk kebaikan takpe…..”.. J

Acara dimulakan dengan makan-makan…Tapi sebelum tu mestilah kena baca doa… Haha..Masa nie semua berebut TAK NAK baca doa…

“Budak uitm saja jer tak nak baca..Takut budak usim dan uia malu jer… Kita bagi chance la kan..”

Akhirnya ada juga orang baca…Mungkin dia dah lapar kot.Tu yang volunteer baca doa..Wakil dari usim….Yeah….Nie baru namanya budak usim…Thanks untuk Isma yang baca doa.Kalau tunggu orang lain baca,esok belum tentu kita boleh makan…

Makaroni bakar...
Karipap Mimi masak
Mee Siti kacau
Sandwish telur yang laku.Belum apa-apa dah nak habis...
Nie handcook syerah
Sandwish sardin
Kek coklat Mimie
Cuba teka agar milo sape nie?
Semua teman dah pandai masak...
Semua dah layak kawin...
Puding roti Mahirah
Kentang Ainin...
Pinggan takde…So,kita makan atas apa yang ada..Tudung tuperware pun jadi laa…
Satu tudung kongsi ramai-ramai..Makan dalam dulang…J Ikut sunnah la konon… Sharing is loving….
Pinggan kami.

Lepas makan buat apa??? Mesti la kena basuh tangan…Buat apa lagi… So,air laut,here we come….

Perasaan masa tu tak dapat digambarkan dengan kata-kata… Hati ini hanya Dia saja yang tahu…. Ciptaan Tuhan memang adalah yang terindah.. Langit yang membiru..Angin yang menderu..Air yang menyamankan.Matahari yang membahang. Siput yang cute kowt….Dan teman-teman yang best….







Masih lagi terbayang-bayang bermain berkejaran di tepi pantai bersama teman-teman…. Main lompat-lompat.Dan yang penting sempat training tkd..Hahaha…. Kenangan terindah…..




Dan lepas sudah basuh tangan hampir setengah jam tu.. Kami pulang ke daratan semula..What’s next????
Cabutan bertuah….Sebenarnya tak tahu pun ada aktiviti nie.Tapi kalau dah ada disediakan..Kita just enjoy aje…… Sekalung penghargaan diucapkan kepada siti yang sponser hadiah dan arrange semua nie……

Kalau nama pun novelholic,cabutan bertuahnya mana ada nombor..Yang ada hanyalah tajuk-tajuk novel.. Ada Adam & Hawa,Versus,Aa Bb,Lima Tahun Lima Bulan,Tunas,Gurindam Jiwa,Pelangi,Andai Itu Takdirnya, dan banyak lagi lah..”Sape rasa nak tambah,just tambah je la yer….”
Dan untuk pengetahuan,keadaan ketika cabutan nie.. Kecoh. Meriah. Happy. Seronok. Dan sewaktu dengannya…



Dan kat akhir cabutan bertuah nie,terbentuknya dua group.First,group selipar dan yang second,group telunjuk ngaji..Hahaha… Kenapa?Sebab tu jer hadiah cabutannya….



Isi perut ketika lucky draw...
Lepas cabutan bertuah,kami ambil gambar untuk kenang-kenangan… Dan keadaan sekali lagi gamat….Best!!!!!!!!!

Kira-kira pukul 11.30 kami tinggalkan PBB… Kemana pula kami??? Ke TER untuk main boling..Tapi memandangkan jalan ke sana ditutup..Kami tak dapat nak main.So,kami just pergi lepak dan minum air kat warung Norazlina..Yang lawaknya,takde orang pun makan kat warung tu..Kami-kami jer yang ada…

Dalam pukul 12.30,setiap pertemuan adanya perpisahan… Dan sungguh perpisahan itu sungguh menyedihkan… Tapi hidup mesti diteruskan….

Dalam pukul 1 lebih,sampai kat rumah… Keletihan menyelubungi setelah berjumpa teman-teman…

Buat teman-teman..
Syerah, Mahirah, Mimie, Bie, Kinah, Qilah, Isma, Sherah, Mahirah, Ainin, Siti, Iffah, Hani, Najihah…

Maaf atas tutur kata yang mungkin kedengaran agak kasar dan gurauan yang tak terfilter….….

Dan juga terima kasih untuk saat yang mengembirakan ini.Terima kasih untuk gelak tawa itu.Terima kasih untuk gurauan itu.Terima kasih untuk masa yang hanya seketika itu.Terima kasih untuk memori yang tercipta itu.Terima kasih untuk kenangan terindah itu. Sungguh,secebis kenangan ini tidak mampu dicari dimana-mana…Apatah lagi dibeli di kedai….

NOVELHOLIC…Diorang,tiada pengganti….
Friends Forever..

~Salam ukhuwah….

3 comments:

eR said...

Catatan ini hanyalah sebahagian dari memori tercipta itu.. Membaca dan merasai pertemuan itu adalah dua perkara yang berbeza.Dimana perasaannya juga berbeza.. Catatan ini juga buat teman-teman yang tak dapat hadir atas faktor kejauhan.Wani,Nabila,Zati… Moga lepas nie akan terjadinya pertemuan seterusnya..Dengan semuanya ada…. ..Jumpa lagi…!!!!

syara said...

haha.sedap kot sandwich telur tu.

eR said...

hahaha...tengok sape yg buay..hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>Tentangku...

bumi Tuhan
Hanyalah manusia biasa yang tak pandai berbicara..Yang tak pandai menyampaikan kata..Menulis bukan untuk suka-suka.Menulis kerana cita...Menulis kerana ada sesuatu untuk dibicara..Menulis untuk melafazkan kata... Moga-moga sentiasa kuat hadapi segala rintangan.....