Sunday, 20 January 2013

Makan dengan timun




“Eh, korang bawa tak timun?”

“Nak buat apa?”

“Nak makan dengan ni la.”

“Makan dengan ni?”

“Orang kata makan ni boleh sebabkan kanser. So, bila ada timun, tak jadi la kanser tu.”

“Serius?”

“Iye…”

“Tak bawa la pulak.”


True fact…

Makanan BBQ macam ni atau pun sate biasanya dibakar dengan arang. Arang tu mengandungi karbon dan karbon itu boleh menyebabkan kanser.

Then, bila makanan tu dibakar, karbon tu juga akan pergi melekat dekat makanan kita. Biasanya,part yang hangus-hangus tu la tendency dia lagi tinggi.

So, untuk mengelakkan kanser, biasanya sate dihidangkan bersama timun.

Oleh kerana sate mengandungi unsur karsinogen, timun mengandungi unsur-unsur antikarsinogen yang boleh mengelakkan kanser.


Pengajarannya, apabila buat bbq, sediakan timun sekali..

So, Makan secara sedap @ makan secara sihat?
 Pilihan anda…
:)




Saturday, 19 January 2013

Langit itu teguh






Short conversation maybe…

“Nak tahu tak apa yang saya bayangkan saat ini?”

“Hmmm…”

“Saya harap saya dapat berlari sampai hujung sana, menggapai impian yang setinggi langit ni. Tapi itu tak semudah yang disangkakan.”

 “Well. Tinggi mana pun cita-cita kita, kita tak mampu capainya sorang-sorang. Kita tetap perlukan tempat sokongan untuk jadi tempat berpaut. Tempat bergantung saat arus datang menongkah. Kita bukan macam langit yang kat depan ni..”  

“ Langit ni?”

“….Dia menciptakan langit tanpa tiang sebagaimana kamu melihatnya. Luqman 31:10..”

 “Ya. Langit ni tetap teguh berdiri walau tanpa tiang sebagai tempat sokongan. Tetap kuat walau tanpa tempat bergantung..”

“Harapnya  awak akan tetap teguh berdiri mengejar impian. Dan saya yakin, suatu hari nanti, apabila awak sampai kat penghujungnya awak akan mampu tersenyum.”

“Ameen..”

“Dan kita manusia, sebaik-baik tempat bergantung adalah Allah..”

Angguk-angguk :)

p/s : yeah.. face all the difficulties with a smile. And enjoy doing it. Chaiyok..chaiyok..

Friday, 18 January 2013

Yang retak sebenarnya




Short conversation maybe...


“Cantiknya langit.”

“Kan?”


“Nak tahu tak satu fact tentang langit ni.?”


“Apa dia?”


“Langit ni dari kita lahir sampailah sekarang tetap sama. Dah nak masuk 20tahun, tapi tak pernah sekali pun kita tengok ia  koyak atau pun rosak. Apatah lagi retak.”


“Qaf 50 : 6. Maka apakah mereka tidak melihat akan langit di atas mereka, bagaimana Kami meninggikannya dan menghiasinya  dan langit-langit itu tidak mempunyai retak-retak sedikit pun.”


“Subhanallah…”


"Dan cuma hubungan manusia je yang kadangkala retak.."


"Harap-harap kita tak macam tu lah.."


Angguk. "Friends till jannah.."


:)


p/s : untuk mereka yang bernama teman, kawan,dan sahabat. kawan sampai syurga. in sha Allah

Sunday, 13 January 2013

Mencari damai yang hilang

Damai itu menenangkan.
Tenang  itu mendamaikan.
Damai itu kadangkala sukar ditemui.
Pabila terjumpa sukar dimiliki.
Ia mungkin datang
dan kemudiannya menghilang.

Mencari damai yang hilang,
Bukan dengan dengar lagu kuat-kuat.
Bukan dengan tonton cerita dan gelak-gelak.
Bukan juga dengan naik tempat tinggi dan terjun dari situ.

Tapi.
Mencari damai yang hilang itu
dengan kembali ke asalnya.
Kembali ke fitrah.
Buka Al-Quran tu dan tadabbur balik ayat-ayat chentaNya.

Osem.

Jadi, masa muda sanggupkah nak sia-siakannya?
Hargai masa lapang sebelum sibuk.
Hargai masa muda sebelum tua.
Hargai masa sihat sebelum sakit.

Paling penting, hargai masa yang kita ada.
If time is life. Then, time management is life management. 
If you fail to manage your time, means you fail to manage you life.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>Tentangku...

bumi Tuhan
Hanyalah manusia biasa yang tak pandai berbicara..Yang tak pandai menyampaikan kata..Menulis bukan untuk suka-suka.Menulis kerana cita...Menulis kerana ada sesuatu untuk dibicara..Menulis untuk melafazkan kata... Moga-moga sentiasa kuat hadapi segala rintangan.....